PERBANDINGAN HARGA
 
 
 

Pastinya ramai di kalangan anda semua akan membuat perbandingan harga terlebih dahulu di antara sekolah-sekolah memandu berhampiran rumah anda. Yang paling murah harganya pasti akan menjadi pilihan. Di sini kami ingin menasihati anda supaya tidak terperdaya dengan iklan-iklan harga murah untuk mengambil lesen memandu. Kadang-kadang kita akan melihat iklan sebegini "Harga Lesen Kereta RM600*". Terdapat simbol bintang di sebelah harga itu menandakan anda bakal dikenakan caj-caj yang tersembunyi.

Bukan untuk memburuk-burukkan sekolah memandu lain kerana itu mungkin strategi pemasaran mereka. Kami cuma ingin menasihati pelajar supaya lebih banyak bertanya ketika membuat pendaftaran. Kadang-kadang pelajar juga melakukan kesilapan kerana kurang faham dan peka terhadap penerangan yang diberikan. Masalah sebegini biasanya akan berlaku apabila anda sudah mendapatkan lesen L dan mula belajar memandu. Di sini anda akan mendapati terdapat beberapa penambahan harga yang dikenakan.

Kebiasaannya, antara caj-caj tersembunyi yang tidak dinyatakan ialah seperti:

  • Anda perlu membayar sendiri ujian undang-undang berkomputer sebanyak RM50.
  • Gagal ujian undang-undang berkomputer akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.
  • Lesen L perlu ditambah RM40 lagi.
  • Kemudahan pengangkutan ke institut memandu akan dikenakan bayaran mengikut jarak.
  • Pembelajaran memandu tidak dijalankan di kampus utama, hanya dijalankan di kawasan perumahan pelajar atau di tapak meletak kenderaan seperti di LRT. Ini bagi menjimatkan kos sekaligus menyukarkan pelajar untuk lulus ujian praktikal JPJ pada percubaan pertama.
  • Jumlah jam belajar ialah 8 jam sahaja. Lebih jam belajar akan dikenakan caj antara RM25 hingga RM35 sejam.
  • Gagal ujian praktikal JPJ akan dikenakan bayaran antara RM150 hingga RM250.
  • Lesen P perlu ditambah RM70 lagi.

Di Metro Driving Academy, kami tidak akan meletakkan caj-caj tersembunyi. Segala penerangan dengan jelas boleh dilihat melalui senarai harga kami untuk Pakej Belajar Sampai Lulus dan Pakej Belajar Memandu Biasa. Ia lebih mudah untuk difahami dan pelajar juga boleh terus buat perbandingan dengan harga dari sekolah memandu lain. Anda mungkin merasakan harga yang diletakkan mahal sedikit kerana semua aktiviti pembelajaran memandu dilakukan di kampus utama, Kg. Melayu Subang. Dengan cara ini membolehkan pelajar-pelajar merasa lebih yakin semasa ujian kerana mereka telah biasa dengan laluan-laluan yang diberikan. Ia sekaligus menjimatkan masa dan wang anda.

Terdapat 2 faktor utama yang mempengaruhi penentuan harga lesen memandu iaitu:

  • Jarak perjalanan dari kawasan anda ke institut memandu. Jauh perjalanan lagi tinggi kosnya. Kami merasakan harga yang diletakkan adalah berpatutan walaupun kos pengangkutan di sini agak tinggi kerana jarak yang jauh dari Cheras untuk ke Subang.
  • Tahap servis yang diberikan kepada pelajar antaranya penyusunan kelas memandu anda dan teknik bagaimana untuk mengajar seseorang pelajar. Di Metro Driving Academy, setiap pelajar akan dilayan dan diajar dengan adil. Seboleh-bolehnya kami mahukan anda untuk lulus pada percubaan pertama semua ujian.
   
 
 
  KENAPA M.D.A.?
 
Banding Harga
Insuran Kemalangan
Kemudahan
 
  Hubungi M.D.A. Pandan Jaya
 
Untuk mendaftar atau sebarang pertanyaan, aduan dan cadangan.
Hubungi

Masa Operasi :
Isnin - Jumaat : 9.30 AM - 6.30 PM
Sabtu : 9.30 AM - 1.30 PM
Ahad & Cuti Umum : Tutup

Peta Lokasi
   
 
  Senarai Harga Belajar Memandu
 
Dikhususkan untuk pelajar yang tiada basic dalam cara pemanduan kereta dan motorsikal.
Pakej Sampai Lulus
Sekiranya anda sudah mempunyai basic pemanduan kereta dan motorsikal serta yakin anda boleh LULUS pada percubaan pertama!
Pakej Memandu Biasa
   
 
  Kami di Facebook
   
 
     
 
 
 
Berhubung dengan kami | Lagi
 
 
PETA LAMAN        
         
Utama Servis Kenapa M.D.A.? Aktiviti F.A.Q.
  Lesen L & P Banding Harga Jadual Pelajar  
Profil Insuran Kereta Insuran Kemalangan Pendaftaran Baru Hubungi
Latarbelakang Cukai Jalan Kemudahan Keputusan Ujian Pejabat Cawangan
Sejarah M.D.A.     Lesen Baru Kampus Utama
  Lesen      
Terkini Prosedur   Promosi  
Nota Pakej Sampai Lulus      
Blog Sekolah Memandu Pakej Memandu Biasa   Galeri  
Rangkaian Sosial